Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Friday, May 20, 2011

Masihkah Kau Ingat

Bangunan Bilik Darjah 3B dan 3C tahun 1972

Bangunan ini asalnya adalah bilik guru pada tahun 1970 dan dihujung ditempatkan bilik kutub kanah lening orang panggil perpustakaan. Dijadikan kelas setelah bangunan batu pertama untuk bilik guru siap. Kelas 3B ditepi sekali berhampiran gelanggang badminton dan 3C sebelah atau ditengah, manakala dihujung bilik setor buku-buku tek.

Cikgu kelas ialah Cikgu Muda bin Ismail, selalu bercerita. Cikgu kelas 3C ialah arwah cikgu Yong. Dalam kelas ini bela siput babi arwah Awang bin Razak yang bawa siput babi.

Cikgu Tan Kee Chu ngajor nyanyi, lagu tu masih ingat lagi. Arwah Cikgu Mohd Abu ngajor English huss bekeng. Kalu dia wat main-main gigi palsu atas lidah dok berani nok suka. Bila taing bawah kelas nilah tempat bermain dicelah-celah kerusi dan meja buruk. Cari cakcerut (cencorot, undur-undur, cikgu). Ustaz Zakariaada tahu lalat kat pipi ajar agama Islam, dengar dia cakap dialek Kelantan tak tahu Kelantan atau Besut.

Mereka yang aku masih ingat dalam darjah 3B ni ialah Nailah binti Harun, Raja Salmah binti Raja Ismail, Azmi b Mohd (Pak Da dalam Radio Terengganu), Che Kamaruddin, Awang bin Razak, Mustafa bin Abu Hasan, Fatimah binti Ngah dan Wan Maziah.

Kantin Sekolah

Inilah gambaran kantin sekolah pada tahun 1970 sehingga 1975. Tahun 1970 aku ditempatkan dalam darjah 1B bertempat dikantin inilah berhampiran tempat menjual makanan. Sebelah lagi darjah 1C kerana tidak cukup bilik darjah. Aku bersekolah Kebangsaan Bukit Tunggal 1. Bukit Tunggal 2 lain guru besarnya.

Cikgu Mansor (kini menetap di Kampung Paloh) adalah guru darjah sementara 1C cikgu Muda Ismail (masih adakah dia-Gong Kapas). Arwah Cikgu Wan Manah ngajor English.

Penjual pada masa itu arwah Pak Tawang dan pekerjanya yang masih ingat ialah Mamat tukang parut air batu. Disini juga bertempatnya permainan silap mata oleh do miar do...tu lagu yang selalu dia dendangkan. Bayaran samah @ 50 sen sorang pada mas itu.

Heran bakar kertas jadi pitih seringgit, masuk paku dalam hidung...hussss heran mas tu. Tahun 1971 darjah dua kelas dah cukup tiada lagi bersekolah dikantin. Dan dijadikan tempat letak motorsikal lambretta arwah cikgu Aziz, datang pakai topi koboi, masa tu mana diwajibkan topi keledar. Inilah lakaran yang baru disiapkan sebentar tadi seingat saya dalam kepala otak ni.

Mereka dalam kelas aku ni seingatlah Rohayati binti Salleh (kini menetap di Gong Pasir, Dungun)......Al-Fatihah kepada cikgu dan kawan-kawan yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Moga dicucuri rahmatNya. Amin

No comments:

Post a Comment