Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, November 19, 2012

Bukit Tunggal

Hanya tinggal nama setelah dirata dan dijual tanahnya. Dulu terdpat kebun getah diatas Bukit Tunggal. Disini juga tempat mencari daun getah untuk dibuat tapai bila tiba musim perayaan. Bukit Tunggal juga tempat mencari buahgetah nak pelaga dan buat kipas. Buah getah pulak ada macam-macam nama, buah getah samseng, buah getah belang dan lain-lain, nama diberi sendiri bukan saintifik pun. Ada juga cerita hantu mengenai Bukit Tunggal ni terutama cerita hantu gajah, memang takut bila lalu disini walau pun siang hari semasa kecik-kecik dulu. Kini hanya tinggal tapak rata saja tunggu masa dijual atau entah apa pembungan akan dibina nanti. Tunggu dan lihat. Bukit Tunggal menerima nasin yang sama seperti Bukit Tok Beng.

Rumah Guru SKBT

Di tapak ini jugalah rumah guru asal dulu-dulu seingat saya ditahun 1970. Terdapat dua buah rumah guru ketika iru bedinding asbestos dan bertangga. Yang saya ingat cikgu Saariah Yaakob pernah duduk di salah satu rumah tersebut. Cikgu Saariah Yaakob mengajar adalah cikgu mengajar bahasa English semasa darjah 2A (1971) dan aku takut kerana bekengnya. Dalam kelas ketika itu aku pernah mendapat nombor peperiksaan akhir tahun no kedua bong sekali. Pelajaran jawi 00, bahasa English pun merah.....Kedudukkan rumah guru tersebut di penjuru pagar jalan ke kampung Tebauk di luarnya Bukit Tunggal berdiri megah. Kini rumah guru tersebut telah dibina semula seperti didalam foto ini. Pintu pagar masih ditempat sama seperti tahun 1970 dulu.