Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Blog ini tiada kena mengena dengan SKBT semasa. Ianya dibangunkan oleh bekas pelajar SKBT tahun 1970-1975 untuk aktiviti semasa dan apa jua maklumat untuk pengetahuan. Memang banyak kekurangan harap maaf. Terima Kasih.
Thursday, May 26, 2011
Keris Taming Sari
IPOH - Orang ramai berpeluang menyaksikan Keris Laksamana Hang Tuah, Taming Sari yang akan dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar mulai Ahad ini hingga 5 Jun depan.
Jurucakap Muzium Negeri Perak berkata, pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83 tahun ini.
"Baginda memberi perkenan supaya keris Taming Sari dipamerkan di galeri pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Keris Taming Sari digunakan sebagai salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan keseluruhan sarung keris diselaputi dedaun emas.
Ia merupakan keris kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka yang akhir sekali dijawat Hang Tuah.
Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris itu ke Kampar-Sumatera sebelum diberi kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak.-Bernama
Mengikut cerita lain, nama keris tersebut ialah Taming Sari. Pahlawan Jawa yang melawan Hang Tuah tak tahu namanya yang sebenar bukannya Taming Sari.
Labels:
zulkafli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment