Monday, September 21, 2015

1st ReUnion After 40 Years Left S.K.B.T on 19th Sept. 2015

 Banner


Assalaamualaikum.

Setelah empat dekat meninggalkan SKBT pada akhir tahun 1975 maka pada hari ini 19hb Sep. 2015 kami dapat bersua kembali. Idea ini cetusan dari Ustaz Kamaruddin dan Che Adanan. Setelah group whatsapps diadakan maka pengumpulan dan menghubungi antara satu sama lain bermula. Dalam group masing-masing tidak mengenali dan mengingat antara satu sama walau pun foto diri telah diletakkan. Ini mungkin faktor masa, kelas berbeza dan ingatan sejak memasukki 5 siri.

Perjumpaan kali ini telah dihadiri kira-kira tiga puloh orang dari berbagai kelas lelaki dan perempuan termasuk dua orang bekas guru dan seorang pegawai kesihatan Klinik Bukit Tunggal. Ada diantara kami langsung tidak menjejak kaki di SKBT semenjak meninggalkan bangku sekolah ini kerana mengejar impian masing-masing, kesibukan tugas dan berumah tangga. Ada juga yang selalu kesini malah anak-anak belajar disini dan ada yang mengajar mencurah bakti di disini.

Saya teruja sekali dapat menyertainya buat julung kali diadakan. Ramai juga yang terkilan tidak dapat hadir kerana faktor jarak dan program yang lebih penting disaat-saat akhir. Tetapi mereka tetap menghantar whatapps dimasa perjumpaan berlansung.

Acara dimulakan dengan membaca Ummul Kitab dan disedekahkan kepada guru-guru dan sahabat handai yang telah meninggalkan kita. Walaupun kehadiran seramai tiga puluh orang sudah dikira berjaya melebihi sasaran seramai dua puloh orang. Che Adanan berdebar juga pada mulanya.

Sambil menjamu nasi dagang dan nganang special resipi turun temurun ayahnda puan Fatimah binti Embong yang sanggup pulang dari Johor. Raja Samihat dari Kedah juga datang meraikannya serta sahabat handai yang berada di persekitaran sini dan juga Puan Rozita dari Jerteh.

Suasana ceria gembira hampir menitis air mata mengenangkan kisah-kisah lama yang tak boleh diungkap dengan kata-kata mahu pun tulisan. Cikgu Yahya dan Cikgu Mat Ngah juga berkongsi pengalaman lalu. Tujuan adalah mengeratkan siraturahim kembali dan persoalan politik bukan halangan dan tidak perlu ditonjolkan. Saya harap lebih ramai lagi dapat menyertai group nanti. Sila war-warkan kepada saing-saing. Majlis diakhir dengan doa selamat kira-kira jam 1830. Terima kasih.

Disini saya serta beberapa foto majlis tersebut.
 Tempat parking dan bangunan ini tempat bermain pasir dan cari cakcerut,




 Kiri kelas darjah 6 Orkid (1975) Cikgu A Rahman C.M dan kanan 6 Melati cikgu Wan Muda.
 Ini kelas 6 Melor belakang 6 Melati cikgu Yon guru kelas.

 Tapak kantin lama dah ada tadika.
 Tempat parking tu dulu tangki air dan telaga serta pam air gumba. Darjah satu telanjang moleh ada g basuh berok member tukang gumba.
 Di kawasan lapang ini ada pokok jati dua pohon dan paip satu bila rehat g togok air kat paip. Taman haiwan pun ada kat sini. Kiri dan kanan bangunan lama berdinding setih.

 Hujung padang skoloh nung tempat cari buoh kmuting dan panjat buoh kkira tepi pagor.
 Padang skoloh. Lepas perbarisan cabut rumput. Bila musim sukan kena cat garisan dengan minyok slendar kotor.

 Pokok Tembesu hanya tinggal tiga pohon saja dahulunya empat. Bila taing g main bekal bawah sini.



















































 Bekas cikgu skoloh cikgu Mat Ngah. Keluar SKBT tahun 1972.




 Raja Samihat....macam nok ajor manri jer...
 Asli memang tidak tiruan tetap Ori selamanya.
Asal Pok Katok kin menetap di Johor dan datang meraikan serta bawa penganang.... best resipi turun temurun.
 Kin mengajar di SKBT.













 NASI DAGANG BESTTTTTT.....





No comments:

Post a Comment