Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Blog ini tiada kena mengena dengan SKBT semasa. Ianya dibangunkan oleh bekas pelajar SKBT tahun 1970-1975 untuk aktiviti semasa dan apa jua maklumat untuk pengetahuan. Memang banyak kekurangan harap maaf. Terima Kasih.
Monday, November 19, 2012
Bukit Tunggal
Hanya tinggal nama setelah dirata dan dijual tanahnya. Dulu terdpat kebun getah diatas Bukit Tunggal. Disini juga tempat mencari daun getah untuk dibuat tapai bila tiba musim perayaan. Bukit Tunggal juga tempat mencari buahgetah nak pelaga dan buat kipas. Buah getah pulak ada macam-macam nama, buah getah samseng, buah getah belang dan lain-lain, nama diberi sendiri bukan saintifik pun. Ada juga cerita hantu mengenai Bukit Tunggal ni terutama cerita hantu gajah, memang takut bila lalu disini walau pun siang hari semasa kecik-kecik dulu. Kini hanya tinggal tapak rata saja tunggu masa dijual atau entah apa pembungan akan dibina nanti. Tunggu dan lihat. Bukit Tunggal menerima nasin yang sama seperti Bukit Tok Beng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment