Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, March 14, 2012

Khasiat Buah Nonan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tidak kiralah sama ada pokok ataupun buahnya, nona atau nama botaninya Annona Reticulata L secara umumnya dikelaskan sebagai spesies paling ‘buruk’ di kalangan genus sekelasnya.

Ðikenali juga sebagai nona serikaya, ia juga dikenali dengan nama Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo/Binao/Manowo/Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa), nona dikatakan berasal dari India Barat dan Amerika Selatan. Tanaman yang tergolong dalam keluarga annonaceae ini merupakan pokok yang mempunyai ketinggian dari tiga hingga tujuh meter.

Buah pada pokok

Buah Nonan

 Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia diramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Bahagian bawah bunga meninggi, mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya.

Putik buahnya banyak. Kepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai. Ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera, saiznya berukuran daripada 5 hingga 12 sentimeter. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau dan merah. Rasa buahnya manis dan sedap. Biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini mengandungi racun.

Buah nonan hijau dan merah

 Bijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor. Bahagian yang banyak digunakan adalah biji, buah muda dan daun. Bijinya dikatakan mengandungi khasiat insektisida. Manakala daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah kelat dan beracun. Kulit kayu pokok mengandungi kira-kira 0.12% anonaine.

Getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata. Kulit akar kayu pula dikatakan mengeluarkan tiga alkaloid iaitu anonaineliriodenine danreticuline.

❀ Rendah lemak

Buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Isi buah nonan hijau
Isi buah nonan merah
 Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.

❀ Legakan diarrea dan disentri

Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema.

Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin, jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.

Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.

Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

No comments:

Post a Comment