Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, January 4, 2012

MakamTokku Pulau Manis

Papan tanda ke Makam Tokku Pulau Manis

Amaran yang dipasang tepi pagar kubur.

Laluan menuju ke Makam Tokku Pulau Manis.

Makam Tokku Pulau Manis (Nama sebenar SyeikhAbdul Malik bin Abdullah)

Tempayang di pintu masuk.

Nisanbatu lama ditepi laluan masuk. Siapalah tarah.

Kawasan perkuburan Tokku Pulau Manis. Dibelakang pokok duku merimbun.

Wakaf di tepi laluan ke makam.

Masjid Pulau Manis, Serada, Terengganu dipersimpangan jalan masuk kekawasan makam.
Bergambar kenangan.

Tok Ku Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik Abdullah). Beliau keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi iaitu seorang pendakwah islam terawal di Terengganu yang berasal dari Baghdad. Dilahirkan sekitar tahun 1650 masehi.

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Ku Pulau Manis adalah seorang ulamak terkenal Terengganu dan tokoh penting yang memainkan peranan sebagai penasihat Sultan Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733). Semasa hayatnya beliau banyak menghabiskan masa dengan mengabdikan diri mempelajari dan menyebarkan ilmu agama Islam.

Berdasarkan cerita lisan, beliau pada peringkat awalnya memndapat didikan agama dari orang tuanya. Kemudian pergi ke Acheh dan Jawa untuk mendalami ilmu agama sehingga umur 30an. Dipercayai berada di Indonesia kira-kira 10 tahun.

Setelah itu beliau melanjutkan pengajian ke Mekah dan Madinah. Di Mekah beliau mendalmi ilmu Feqah Mazhab Shafie dengan Syeikh Ibrahim Al Kurani. Beliau juga mempelajari ilmu Usuluddin aliran Asha'ri serta ilmu Tasawwuf terutamanya Tarikat Shadiliyyah di Mekah dan Syathariyyah di Acheh.

Selama 12 tahun berada di tanah Suci, Tok Ku Pulau Manis balik ke Terengganu. Kemudian berkahwin dengan anak seorang pembesar negeri. Setelah keluarga Tok Ku Pulau Manis dan menjalankan aktiviti penyebaran ilmu agama kepada penduduk dengan menubuhkan institusi pengajian bermodelkan sistem di Masjidil Haram dikenali sistem pondok mendapat sambutan Sultan Terengganu dan pembesar negeri.

Sebagai sistem pengasa sistem pondok beliau banyak menyalin kitab-kitab agama dan mengarang. Salinan yang mashur seperti Kitab Hikam dan lain-lain.

Cerita lisan pernah didengari, semasa di Mekah beliau memberitahu di Tanah Jawi sebiji buah boleh makan ramai, orang tak percaya. Lalu dia balik dan pulang semula ke Mekah pada hari yang sama membawa sebiji buah durian lalu dibuat bubur dimasukkan durian. Semua yang datang dapat merasa rasa buah durian.

Air sungai menjadikan air sirap dan yang menjadikan nama Pulau Manis kerana tepi sungai tempat beliau berwuduk terdapat pokok rengas dimana buah nya boleh dimakan dan rasanya manis. Biasanya buah rengas bila terkena kulit dan getehnay akan menjadikan gatal-gatal.

No comments:

Post a Comment