Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Blog ini tiada kena mengena dengan SKBT semasa. Ianya dibangunkan oleh bekas pelajar SKBT tahun 1970-1975 untuk aktiviti semasa dan apa jua maklumat untuk pengetahuan. Memang banyak kekurangan harap maaf. Terima Kasih.
Friday, February 17, 2023
Monday, January 16, 2023
Al-Fatihah Yakari Sulong
Dukacita dimaklumkan kawan kita Yakari kerahmatullah pada pagi 16/1/2023 di Hospital Kunak, Sabah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lormalong, Kunak, Sabah. Semuga Allah ampuninya dan ditempat bersama para solihin dan limpahi rahmatNya keatas rohnya.
Tuesday, May 3, 2022
Saad Abi Waqqas Di Mana Makamnya
Namanya adalah Sa`d bin Mâlik bin Uhaib Radhiyallahu anhu, ada yang mengatakan Ibnu Wuhaib bin Abdu Manâf bin Zahrah bin Kilab al-Qurasyiy az-Zuhri atau Abu Ishak bin Abi Waqas . Ibunya bernama Hamzah bintu Sufyan bin Umayyah, anak paman Abu Sufyan bin Harb bin Umayah. Sa’d bin Waqash Radhiyallahu anhu adalah satu di antara Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memiliki banyak keutamaan, di antaranya adalah termasuk Sahabat yang pertama-tama masuk Islam dan meninggal paling akhir. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memberikan rekomendasi kepadanya bahwa dia termasuk ahli surga. Maka, tak heran jika dia termasuk mujâbud da`wah (orang yang di kabulkan doanya). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdoa. اللَّهُمَّ اسْتَجِبْ لَهُ إِذَادَعاَك Ya Allah Azza wa Jalla kabulkanlah doanya (Sa`d) jika dia berdoa
Referensi: https://almanhaj.or.id/3798-sad-bin-abi-waqash-doanya-mustajab.html
Beliau merupakan seorang pemanah yang hebat. Panahannya diceritakan sejauh sekitar 2km tak silap dan tarikan bownya adalah 200 paun. Setakat hari ini tiada lagi yang dapat memanah sejauh itu atau memecah rekod tersebut.

MENURUT catatan resmi dari Dinasti Tang yang memerintah pada tahun 618-905 M dan didasarkan pada catatan serupa dalam buku “A Brief Study of Introduction of Islam to China” karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M.
Disebutkan, Islam masuk ke China melalui utusan yang dikirim
oleh Khalifah Usman (23-35 H / 644-656 M). Menurut catatan Tschih Lui, penulis
Muslim China pada abad ke-18 dalam karyanya “Chee Chea Sheehuzoo” (Tentang
Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh sebuah delegasi yang dipimpin oleh
Sa’ad bin Abi Waqqas.
Untuk pertama kalinya, Islam datang ke China
yang dibawa oleh Sahabat Nabi bahwa Sa’ad bin Abi Waqqas, bersama dengan
sahabat lainnya, di tahun 616 M. Setelah kunjungan pertamanya. Sa’ad kemudian
kembali ke Saudi. Dia kembali ke China 21 tahun kemudian atau pada masa
pemerintahan Utsman, dan datang dengan salinan Al-Quran.
Usman selama kekhalifahannya sedang menyalin
Quran dan menyebarkannya ke berbagai tempat, demi menjaga kemurnian kitab suci
ini. Pada kedatangannya yang kedua di tahun 650, Sa’ad berlayar melintasi
lautan Hindi China Sea ke pelabuhan di Guangzhou.
Kemudian dia berlayar ke Chang’an atau sekarang dikenal sebagai Xi’an melalui rute yang kemudian dikenal sebagai Silk Road. Rombongan sahabat dan Sa’ad bin Abi Waqqash tiba dengan hadiah dan diterima dengan baik oleh kaisar Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683). Tapi Islam sebagai agama tidak secara langsung diterima oleh kaisar.
Setelah diselidiki secara menyeluruh, sang kaisar memberinya izin untuk pengembangan Islam yang ia rasakan sesuai dengan ajaran Konfusius. Namun, kaisar merasa bahwa kewajiban sholat lima kali sehari dan puasa sepanjang bulan saat Ramadhan terlalu banyak untuknya sampai dia tidak memeluk Islam.
Namun, dia mengizinkan Sa’ad bin Abi Waqqas dan para sahabatnya
untuk mengajar Islam kepada orang-orang di Guangzhou. Oleh orang Tionghoa,
Islam disebut sebagai liao Jiao Yi atau agama asli. Makkah disebut sebagai
tempat kelahiran Buddha Ma-hia-wu atau Rasulullah (saw).
Sa’ad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan dia
mendirikan Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak sejarah paling berharga
dalam sejarah Islam di China. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di
daratan China dan ia sudah berusia 1300 tahun berada di jalan Ta Lu Guang.
Makam Saad Abi Waqqas di Guanzhou, China
Wisatawan yang tiba di Guangzhou merasa tidak lengkap jika tidak
menginjakkan kaki di makam Sa’ad bin Abi Waqqas. Namun, ada yang bilang, Sa’ad
bin Abi Waqqas meninggal di Baqi ‘, dekat Madinah, dan dimakamkan makam daerah
sahabat.💓
Monday, August 30, 2021
AlFatihah Muhammad bin Abdullah 1963 - 29/8/2021 (T-Shirt Hitam)
Semuga Allah ampuninya dan limpahi rahmatNya sentiasa dan ditempatkan bersama para salihin. Al-Fatihah (dibaca hadiah keats rohnya). Menghembus nafas terakhirnya pada petang 29/8/2021 dirumah beliau di Bukit Pelindung, Kuantan. Beliau berasal Kg Gong Setor mula masuk darjah satu 1.1.1970 dan pada tahun 1972 bertukar sekolah kerana mengikuti keluarganya bekerja di Kelang, Selangor. Terputus hubungan terus sehinggalah dapat berhubung semula pada tahun 1975 melalui surat setelah mendapat alamat daripada ahli keluarga yang bekerja di Kelang juga.
Beliau kembali tinggal di Balok, Kuantan apabila ayahnya bekerja di Pelabuhan Kuantan. Allahyarham pernah bekerja Bank Bumiputra Kuantan dan Pusat Zakat. Kerja terakhir sebagai nelayan dan pembuat perabut dan sarung golok. Foto diatas dirakam pada 2016 semasa menziarahinya mengerat silaturahim.
Friday, March 12, 2021
Ziarah Makam Pahlawan Pahang DATUK BAHAMAN.
Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan (Abdul Rahman B Iman Nuh)
Pakaian Perang
Didampingi Ahli Keluarga Ketika Gering
Asal usul
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja, Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beberapa versi tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh. Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang. Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Anugerah
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Perang Semantan
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
Buruan Orang British
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah menjadi orang yang paling kuat danmemaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Persetiaan sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Tok Guru Peramu
Terdapat dakwaan dan laporan yang mengatakan bahawa seorang individu yang bernama Tok Guru Peramu ialah Dato' Bahaman. Tok Guru Peramu meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa mengakui identiti beliau yang sebenar.



