Monday, August 30, 2021

AlFatihah Muhammad bin Abdullah 1963 - 29/8/2021 (T-Shirt Hitam)


Semuga Allah ampuninya dan limpahi rahmatNya sentiasa dan ditempatkan bersama para salihin. Al-Fatihah (dibaca hadiah keats rohnya). Menghembus nafas terakhirnya pada petang 29/8/2021 dirumah beliau di Bukit Pelindung, Kuantan. Beliau berasal Kg Gong Setor mula masuk darjah satu 1.1.1970 dan pada tahun 1972 bertukar sekolah kerana mengikuti keluarganya bekerja di Kelang, Selangor. Terputus hubungan terus sehinggalah dapat berhubung semula pada tahun 1975 melalui surat setelah mendapat alamat daripada ahli keluarga yang bekerja di Kelang juga.

Beliau kembali tinggal di Balok, Kuantan apabila ayahnya bekerja di Pelabuhan Kuantan. Allahyarham pernah bekerja Bank Bumiputra Kuantan dan Pusat Zakat. Kerja terakhir sebagai nelayan dan pembuat perabut dan sarung golok. Foto diatas dirakam pada 2016 semasa menziarahinya mengerat silaturahim.