Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, 21200 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Blog ini tiada kena mengena dengan SKBT semasa. Ianya dibangunkan oleh bekas pelajar SKBT tahun 1970-1975 untuk aktiviti semasa dan apa jua maklumat untuk pengetahuan. Memang banyak kekurangan harap maaf. Terima Kasih.
Sunday, June 17, 2012
Peta Semenanjung Malaysia Tulisan Tamil 1908
Malay Peninsula map with full Tamil descriptions. Very rare piece and considered museum piece. Published by "Naina Mohamed & Sons" Singapore established 1908. This map was published in Tamil language and every states, cities, roads, rivers and etc was written in Tamil. Those days the map was published in their own language for the convenient used. It was written as "Malay Peninsula", down there. Very interesting collectible item.
Saturday, June 16, 2012
Did You Know First Call....Panggilan Pertama
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Sunday, June 10, 2012
Bunuh Cicak Dapat Pahala

Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.
Dalilnya:
1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:
(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)
Sebab perlu dibunuh:
1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:
(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan Muslim).
2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:
(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang membunuhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:
(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).
Cara Hapuskan Cicak
Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;
TIPS (1)
MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu.
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.
TIPS (7)
Beli ubat cicak kat pasar harga RM3.00 sebotol dan sapu pada putik kapas atau titik diatas tempat cicak selalu pergi. Bila dia makan akan mampus. Awas racun.
TIPS (8)
Beli spray cicak kat pasaraya, sembur pada tembat selalu dia datang. Cicak tak akan datang selagi bau ubat tu. Tapi ini tidak mematikan cicak.
TIPS (9)
Ambil getah pengikat plastik, lastikkan dia biar mampus.
Memang jahat orang sedang makan pun dia targetkan dan berak. Semasa Rasulullah bersembunyi dalam gua hira' pun dia berkokok agar didengar musuh yang mencari Rasulullah tahu nabi ada didalam.
Friday, June 1, 2012
Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah: