Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang
Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah
semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat,
lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh
bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum
oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua
makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana
tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah
berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama
sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal
kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam
a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi
dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda
Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar
(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang
amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani
yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang
yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab
amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali
dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu
pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW
dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan
akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah
amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian
sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di
akhirat
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT
- Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya
Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004
Jika sekiranya
kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang
lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama
Sedekah/amal jariahnya
- Doa anak²nya yang soleh