Sunday, December 1, 2013

Sajak Untuk Nabi Muhammad S.A.W Dari Maharaja China

Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sembilan abad yang lampau. Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam. Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.


Panglima-panglima Muslim
Baginda dipercayai memiliki beberapa pegawai Istana yang beragama Islam. Maharaja Hongwu begitu mempercayai pegawai-pegawai Istana ini. Antaranya adalah
Chang Yuchun(1330-1369)

Chang Yuchun adalah panglima kepada Maharaja Hongwu yang paling dipercayainya. Dikenali sebagai ‘Chang Ten Thousand’ kerana kehebatan dan ketangkasan beliau di medan perang menyamai 10,000 tentera. Beliau meninggal dunia semasa Maharaja Hongwu baru sahaja mengasaskan Dinasti Ming. Kematian panglima kesayangan baginda itu menyebabkan baginda menulis sebuah sajak khas yang mengambarkan kesedihan baginda.
Lan Yu(meninggal dunia pada 1393)

Salah seorang panglima Maharaja Hongwu dan juga adik lelaki kepada isteri panglima Chang Yuchun. Lan Yu terkenal dalam sejarah Dinasti Ming sebagai seorang pemberontak apabila cuba merampas kuasa melalui pengaruh putera mahkota. Lan Yu dihukum mati dan lebih 15,000 pengikut setianya turut sama dihukum.

Mu Ying(1345-1392)
Mu Ying dianggap antara panglima kesayangan Maharaja Hongwu. Beliau adalah anak angkat kepada Maharaja Hongwu. Mu Ying ditugaskan oleh Maharaja Hongwu untuk mempertahankan wilayah Yunnan daripada ancaman musuh. Sehingga ke akhir kejatuhan Dinasti Ming, keluarga Mu Ying masih lagi ditugaskan di wilayah yang bersempadan dengan Vietnam dan Burma itu.
Hu Dahai(meninggal dunia pada 1362)

Dipercayai mempunyai darah Parsi dan China. Hu Dahai adalah panglima yang sangat berkebolehan. Miskipun dikenali sebagai seorang yang tidak pandai membaca namun beliau mampu memimpin tentera beliau dengan hebat. Beliau pernah berkata, “Tentera aku tidak mampu menulis, namun mereka hanya tahu tiga tugas; tidak membunuh atau berkelakuan ganas pada kanak-kanak dan wanita dan tidak membakar rumah dan bangsal”. Beliau meninggal dunia selepas disabotaj oleh musuh ketatnya, puak Miao.

Maharani Ma
Menurut beberapa sumber, isteri kesayangan Maharaja HongWu iaitu Maharani Ma(1333-1382) juga beragama Islam melalui susur-galur keturunan daripada Asia Tengah. Kajian daripada Perpustakaan Oriental di University of Colombia, AS menyatakan keturunan Maharani Ma berkemungkinan besar berhijrah secara besar-besar daripada Asia Tengah ke Tanah Besar China semasa pemerintah Dinasti Song sekitar tahun 961 Masihi. Menurut rekod Ming Shi pula, bapa kandungnya adalah Lord Ma iaitu seorang pemimpin daripada Shuzhou yang kemudiannya berhijrah ke Anhui semasa lewat pemerintahan Dinasti Yuan selepas kejadian pembunuhan. Ibu kandung Maharani Ma meninggal dunia ketika beliau masih lagi kecil.
Semasa berada di perantauan, Lord Ma berkenalan dengan seorang lagi panglima muslim yang dikenali Guo Zhixin. Guo kemudian menjadi bapa angkat kepada Maharani Ma dan daripada Guo inilah Maharaja HongWu berkenalan dengan Maharani Ma dan seterusnya berumah-tangga.
Maharani Ma sangat disayangi Maharaja Hongwu sehingga baginda tidak berkahwin lain selepas kematian Maharani Ma pada 1382. Maharani Ma melahirkan seorang anak lelaki yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran Maharaja Yongle. Maharaja Yongle adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap perintah peluasan kuasa di seberang laut yang dilaksanakan oleh panglima muslim terkenal, Panglima Zheng He atau Cheng Ho.

Sajak Maharaja China yang telah di translate kan,

The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
Sejak terciptanya galaksi ini
God had decreed to appoint,
Tuhan telah mengangkat seseorang
This great faith-preaching man,
Satu manusia akhlak beriman
From the West he was born,
Dari barat telah dilahirkan
He received the Holy Scripture,
Baginda menerima wahyu agung
A Book of thirty parts,
Buku yang mengandungi 30 bahagian
To guide all creation,
Untuk membimbing semua makhluk
Master of all Rulers,
Tuan kepada semua raja
Leader of Holy Ones,
Pemimpin 1 yang tersuci
With Support from Above,
dengan bimbingan dari atas
To Protect His Nation,
Untuk melindungi negaranya
With five daily prayers,
Bersama dengan solat 5 waktu
Silently hoping for peace,
Dalam diam mengharap rahmat
His heart towards Allah,
Hatinya lurus kerana Allah
Empowering the poor,
Mengangkat darjat si miskin
Saving them from calamity,
Menyelamatkan mereka dari sengsara
Seeing through the darkness,
Melihat melalui kegelapan
Pulling souls and spirits,
Melalui hadir jiwa & roh
Away from all wrongdoings,
Ma’sum dari salah dan silap
A Mercy to the Worlds,
Rahmat kepada sekalian alam
Traversing the ancient majestic path,
Menyelusuri rahsia yang silam
Vanquishing away all evil,
Memadam segala kejahatan
His Religion Pure and True,
Agamanya Suci dan Benar
Muhammad,
Muhammad
The Noble & Great one.
Yang dihormati lagi terhebat

Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Foto Hiasan

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada?
Lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu.
Tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab eh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.
kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi.
Dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

Wednesday, July 10, 2013

Walimatul Urus



Majlis perkahwinan anak perempuan Mohd b Abdullah  (Baju biru) di Bukit Pelindung, Beserah, Kuantan April 2013

Monday, June 3, 2013

Peristiwa 1hb Jun 2013

 Asli dan Aku
 Ziarah Kamarudin di KMC. Belakang dari kanan Mohd b Abdullah dan Zainuddin Ismail. Mohd adalah rakan SKBT darjah 3B 1971. Berpisah pada tahun tersebut dan dapat alamatnya serta berutus surat pada tahun 1975. Bersua kembali tahun akhir 70an. Kini menetap di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang. Zainuddin  kini tinggal di Pekan junior 3 tahun. Kamarudin dan aku tinggal di Kerteh. 
 En Yahya semasa hari perkahwinan puterinya di Bukit Payung, Marang.
Bersama Puan Azipah dan suaminya. Asli dan aku di hari perkahwinan puterinya di Kampung Paya Berenjut, Cukai, Kemaman.

Saturday, February 23, 2013

 
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  •  Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
 
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
 
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
 
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
 
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
 
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat
  1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab
  2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab
  3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka
  4. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT
    Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya
 
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya
 
 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
 
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004
 
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama 
 
Sedekah/amal jariahnya
  1. Doa anak²nya yang soleh