Thursday, May 26, 2011

Keris Taming Sari


IPOH - Orang ramai berpeluang menyaksikan Keris Laksamana Hang Tuah, Taming Sari yang akan dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar mulai Ahad ini hingga 5 Jun depan.

Jurucakap Muzium Negeri Perak berkata, pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83 tahun ini.

"Baginda memberi perkenan supaya keris Taming Sari dipamerkan di galeri pada tarikh tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Keris Taming Sari digunakan sebagai salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan keseluruhan sarung keris diselaputi dedaun emas.

Ia merupakan keris kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka yang akhir sekali dijawat Hang Tuah.

Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris itu ke Kampar-Sumatera sebelum diberi kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak.-Bernama

Mengikut cerita lain, nama keris tersebut ialah Taming Sari. Pahlawan Jawa yang melawan Hang Tuah tak tahu namanya yang sebenar bukannya Taming Sari.

Tuesday, May 24, 2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.

Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…ihsan falak online

Friday, May 20, 2011

Masihkah Kau Ingat

Bangunan Bilik Darjah 3B dan 3C tahun 1972

Bangunan ini asalnya adalah bilik guru pada tahun 1970 dan dihujung ditempatkan bilik kutub kanah lening orang panggil perpustakaan. Dijadikan kelas setelah bangunan batu pertama untuk bilik guru siap. Kelas 3B ditepi sekali berhampiran gelanggang badminton dan 3C sebelah atau ditengah, manakala dihujung bilik setor buku-buku tek.

Cikgu kelas ialah Cikgu Muda bin Ismail, selalu bercerita. Cikgu kelas 3C ialah arwah cikgu Yong. Dalam kelas ini bela siput babi arwah Awang bin Razak yang bawa siput babi.

Cikgu Tan Kee Chu ngajor nyanyi, lagu tu masih ingat lagi. Arwah Cikgu Mohd Abu ngajor English huss bekeng. Kalu dia wat main-main gigi palsu atas lidah dok berani nok suka. Bila taing bawah kelas nilah tempat bermain dicelah-celah kerusi dan meja buruk. Cari cakcerut (cencorot, undur-undur, cikgu). Ustaz Zakariaada tahu lalat kat pipi ajar agama Islam, dengar dia cakap dialek Kelantan tak tahu Kelantan atau Besut.

Mereka yang aku masih ingat dalam darjah 3B ni ialah Nailah binti Harun, Raja Salmah binti Raja Ismail, Azmi b Mohd (Pak Da dalam Radio Terengganu), Che Kamaruddin, Awang bin Razak, Mustafa bin Abu Hasan, Fatimah binti Ngah dan Wan Maziah.

Kantin Sekolah

Inilah gambaran kantin sekolah pada tahun 1970 sehingga 1975. Tahun 1970 aku ditempatkan dalam darjah 1B bertempat dikantin inilah berhampiran tempat menjual makanan. Sebelah lagi darjah 1C kerana tidak cukup bilik darjah. Aku bersekolah Kebangsaan Bukit Tunggal 1. Bukit Tunggal 2 lain guru besarnya.

Cikgu Mansor (kini menetap di Kampung Paloh) adalah guru darjah sementara 1C cikgu Muda Ismail (masih adakah dia-Gong Kapas). Arwah Cikgu Wan Manah ngajor English.

Penjual pada masa itu arwah Pak Tawang dan pekerjanya yang masih ingat ialah Mamat tukang parut air batu. Disini juga bertempatnya permainan silap mata oleh do miar do...tu lagu yang selalu dia dendangkan. Bayaran samah @ 50 sen sorang pada mas itu.

Heran bakar kertas jadi pitih seringgit, masuk paku dalam hidung...hussss heran mas tu. Tahun 1971 darjah dua kelas dah cukup tiada lagi bersekolah dikantin. Dan dijadikan tempat letak motorsikal lambretta arwah cikgu Aziz, datang pakai topi koboi, masa tu mana diwajibkan topi keledar. Inilah lakaran yang baru disiapkan sebentar tadi seingat saya dalam kepala otak ni.

Mereka dalam kelas aku ni seingatlah Rohayati binti Salleh (kini menetap di Gong Pasir, Dungun)......Al-Fatihah kepada cikgu dan kawan-kawan yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Moga dicucuri rahmatNya. Amin

Sunday, May 15, 2011

Kenali Bendera Terengganu dan Bendera Daerahnya

BENDERA NEGERI TERENGGANU
Bendera Negeri Terengganu mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam. Hitam membawa maksud rakyat Terengganu dinaungi oleh pemerintah iaitu D.Y.M.M Sultan Terengganu mewakili warna putih.
Bulan dan bintang adalah bermaksud agama rasmi adalah Islam dan D.Y.M.M Sultan Terengganu adalah Ketua Agama tersebut.

BENDERA DAERAH KUALA TERENGGANU
Melambangkan ibu negeri Terengganu Darul Iman, Bandar Diraja dan Daerah Utama.

BENDERA DAERAH BESUT
Melambangkan Keberanian dan Kesungguhan Bekerja

BENDERA DAERAH HULU TERENGGANU
Melambangkan Pembangunan Tanah Dan Insfratuktur Teknologi Maklumat.

BENDERA DAERAH MARANG
Melambangkan Pemulihan Dan Penyatuan Rakyat.

BENDERA DAERAH SETIU
Membawa Maksud Atau Melambangkan Pengembelingan Tenaga Rakyat Untuk Pembangunan Dan Penempatan.

BENDERA DAERAH KEMAMAN
Membawa Maksud Warna Tersebut Memberi Kekuatan Kepada Pertumbuhan Industri Yang Berkaitan Petroleum Dan Gas.

BENDERA DAERAH DUNGUN
Melambangkan Hasil Perusahaan Perikanan dan Perlancungan Yang Terkenal Dengan Penyu Belimbing.